Sunday 9 April 2017

Projek Kuih Raya Tahun Lepas

Pertama kali kami memasarkan beberapa jenis kuih untuk dijadikan juadah hari raya kepada pelanggan yang berminat. Pilihan utama yang menjadi kesukaan ramai adalah tart nenas@ 'shell tart', Selain daripada itu ada kuih Suji Kristal, Almond London dan Choc Chips. 

Kami membuat flyers dan edarkan sebanyak mungkin kenalan di Seri Iskandar khasnya pelanggan kami yang setia di La Cushy, kawan-kawan lama di tempat kerja dan kaum keluarga La Cushy. Kami menawarkan juga hamper yang diisi dengan kuih-kuih ini dalam bekas-bekas yang cantik untuk dihantar kepada badan korporat dan alhamdulillah ada syarikat dan individu yang tertarik dan menghubungi kami.

Staf La Cushy memang bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan.. kami ucapkan terimakasih kepada semua.







No comments:

Post a Comment