Wednesday 22 March 2017

Pertandingan Premis Restoran Bersih 2017

Agak-agak layak ke nak masuk pertandingan ni..ha ha tiba-tiba dapat surat dari pihak Majlis memaklumkan ada pertandingan RestOran BERsih..terkejut la awak ni. Apalagi minta semua staff bersedia..mana tahu kan.. jangan pulak dapat yang tercorot lak. Kena la jaga standard kan..jangan sesekali jadi TerKenal pasal 'tak bersih' pulak kan.

Kami biasa memang sebelum buka kafe kena bersih..Yang nak menerima customer..bahagian meja makan dan kerusi, lantai dll. Bila nak tutup kafe lak bahagian dapur amatlah penting..mesti 'shining' dan tiada bau..sampah sarap setiap hari semua mesti di buang. Kalau tidak alamat kena tutup hidunglah jawapnya esok dan ada la serangga2 yang berkumpul..hu hu.

Nak jadi cerita .. adala group Majlis datang buat pemeriksaan..semua alatan dapur, kawasan dapur, barang-barang dalam fridge..seram je. Serius pulak pegawai-pegawai Majlis menjalankan kerja. Penguatkuasaan @ peraturan mestilah perkara yang serius Kan..cuma jangan la serius sangat ya dengan kami ni. So tak lama lepas tu kami dapatlah surat jemputan untuk majlis penyampaian hadiah..ok 8.00 pagi tapi kenala datang kan..menyokong usaha Majlis dalam apa jua aktiviti.

Tak sangka dapat sijil sepeti dibawah ni ; Kami memenangi Anugerah Emas untuk Kategori Premis Restoran Tempatan..Yes.Yes.Yes.


No comments:

Post a Comment