Wednesday, 3 December 2014

Persediaan akhir untuk 'Opening Day'

Kami mengambil cuti awal...barang-barang yang penting sudah tersedia di cafe...
Sesuai pada masanya..pekerja pun dah ada.. kami putuskan untuk membuka cafe pada tarikh 1hb Disember 2014.
Perasaan 'excited' dah lama hilang sebab keletihan..tapi hari 'opening' tetap buat kami berdebar...ha ha


Monday, 22 September 2014

Cafe hampir siap..

Kami perlukan konsep yang tepat untuk cafe kami, rakan-rakan yang rapat telah pun memberi cadangan yang bernas. Kami mengambilkira semua pandangan dan hasilnya susunatur ringkas cafe dapat disiapkan.Tetapi macamana pulak dengan warna background..banyak betul pilihan di depan mata tak tahu yang mana lebih sesuai.

Sekarang tengah berjalan kerja-kerja perabut untuk tempat roti dan finishing..kami harap kami membuat pilihan yang betul..

Status terkini cafe kami..




Tuesday, 5 August 2014

Bulan puasa yang lepas kami mulakan kerja-kerja pemasangan tile

Bulan puasa baharu sahaja lepas..rasa macam sekelip mata sahaja..

Bulan Syawal pula muncul..dirai dengan penuh kesyukuran. Kerja-kerja untuk menyiapkan cafe ini agak lambat... kekangan yang pastinya kewangan yang agak tidak mengizinkan di saat-saat akhir ini. Hanya kerja-kerja pemasangan tile sahaja yang boleh berjalan dan siap pada hari raya ke-5.





Wednesday, 9 July 2014

Pemasangan Salur Asap

Hendak tak hendak terpaksa juga kami pasang salur asap kt dapur Cafe..ni. Kalau tidak kerja-kerja lain terhenti pulak nanti. Kipas dah di hantar awal ..giliran memasang salur asap pulak. Sebelum ini dah bincang dengan Majlis dengan kedudukan salur dan laluan yang munasabah..pemasangan didalam cafe tiada masaalah, tetapi pemasangan sehingga bumbung perlu disesuaikan dengan bumbung sediada. 
Untuk kerja special ni susah juga nak cari kontraktor..mungkin juga sebab tak tahu nak cari kat mana...2 kontraktor give up..tak boleh buat. Bila dah jumpa sekejap sahaja siap..siap test..bising sikit. Hope semua siap nanti bunyi bising tu berkurangan.



Sunday, 15 June 2014

Seronok buat Latte - my favourite

Cuti sekolah kali ini..ambil cuti lama sikit. Sambil-sambil memikirkan apa langkah seterusnya untuk cafe kami.. ada juga perancangan lain yang hendak dibuat..
Hujung minggu tu kami telah mencuba membuat sendiri Latte..expresso dengan menggunakan mesin ..bukan senang rupanya. Suka sangat minum coffee dan tentunya tekun sahaja kami mendengar penerangan sifu kami ni. Setiap jenis coffee ada caranya sendiri dan kami perlu praktis banyak kali untuk mendapat hasil yang baik dan menarik.


Saturday, 10 May 2014

Shopping Kerusi dan Meja

Hujung minggu ni tak balik Seri Iskandar..hanya kerja elektrik yang sedang berjalan di cafe. Kami survey meja dan kerusi makan pulak. Bermula dengan kedai di Segambut dan akhirnya ke Puchong, betullah kata tuan kedai Almod, harga barang-barang second hand lebih kurang dengan harga barang baru. Hm betul ke ..ya lah kata-kata seorang penjual yang dah hampir 10 tahun menjual.. ada la selok beloknya untuk meyakinkan pelanggan macam kita ni. Tetapi betullah cakap dia kali ini...
Lebih baik pilih yang baru kalau macam ni... beza setakat RM10~20 shj.
Lama juga kami duduk dan bersembang dengan tuan kedai...buka cerita pasal pemimpin kita...pasal percutian di Solo...coffee. Yes, dia rekomen kawan dia yang pandai buat coffee untuk kami berkenalan dan belajar apa yang patut. Wow..rupanya hari ini..kami bermula dengan langkah kanan..ramai kenalan baru dan dapat pula kami berkongsi pengalaman.

Friday, 11 April 2014

Barang-barang Dapur Yg Telah Sampai

Peralatan dapur sebahagiannya telah dihantar..lebih kurang kul 9.00pagi 9 April/Rabu. Awal betul lori ni sampai..ye la sampai sesat..terlajak lah sampai ke Billion..'U' turn balik dan akhirnya sampai. Kami ni tak tenang duk buat kerja...kt KL la. Hm berdoa supaya semua peralatan selamat diangkat dan disusun di Cafe dan kami boleh mulakan kerja-kerja pemasangan yang lain.



Wednesday, 26 March 2014

SIGNBOARD hotel dah naik..

Setiap langkah kita menuju kehadapan..dimana kita berharap kejayaan menunggu kita tetapi rupanya ada dugaan yang kita perlu tempuhi dengan penuh kesabaran...sebelum berjaya memang kita perlu belajar untuk menjadi kuat dan tidak mudah berputus asa. Dengan siapa lagi kita perlu berdoa..memohon keampunan dan mempermudahkan perjalanan mencapai cita-cita kita..percaya kepadaNya dimana semua yang kita hadapi ada hikmahnya..yang baik untuk kita...
Kami naikkan signboard hotel juga pada hari ahad lepas..selepas lama menunggu. HOTEL LA CUSHY di SIBC..sabtu yang lepas juga buat pertama kali semua bilik penuh..yang kelakarnya ada sahaja kejadian yang membuat kami kelam kabut melayan tetamu yang datang.


Tuesday, 18 March 2014

Status Cafe

Kali ini lambat rasanya masa berjalan..selepas kerja-kerja pasang bata siap dengan cepatnya..kenapa pulak kontraktor pasang mozek ni lambat..
Ade saje dugaan..kami berharap betul kami tidak berputus asa untuk teruskan plan kami ni. Kerja-kerja lain dah menunggu...untuk mempersiapkan cafe ini..

Thursday, 20 February 2014

Ongoing 'Cafe'

Kami telah mulakan pembinaan cafe kami..apa yang kami harapkan ruang dapur dan equipment yang dipilih sesuai dengan kapasiti dan jenis masakan yang akan dihidangkan. Kami perlu menghidangkan menu yang khusus dan 'inviting'. Ada beberapa menu dah ada dalam fikiran...
Baru-baru ni ada jualan buku di entrance Ampang Park.. mungkin hari ini masih lagi berjalan..buku-buku yang dijual murahlah sangat2..kualiti elok pulak tu. Ada 3 buku masakan yang menarik pandangan saya..seperti biasa bakery..basic bread, Pai..love it ...dan akhirnya simple dish got to do with chocolate..nyum..nyum.



Tuesday, 21 January 2014

Memilih Peralatan Dapur Untuk Cafe

Selepas siap hotel bajet tumpuan kami kini telah terarah ke Cafe. Konsep cafe telah dibincangkan lama dulu tetapi perlu dibuat lebih terperinci untuk memastikan tiada yang tertinggal. Ruang dapur telah dibahagi tiga, ruang dapur untuk masakan tempatan yang sesuai untuk sarapan dan masakan tengahari, ruang basuh dan akhirnya bakeri.
Peralatan semua telah disenarai pendek dan kami mendapatkan nasihat pakar untuk jenis, bilangan dan susunannya. Kami jangkakan peralatan semua siap pada bulan April dan dihantar ke Seri Iskandar tepat pada masanya.

Monday, 13 January 2014

Hotel Bajet -La Cushy di Seri Iskandar

Setelah berhempas pulas selama beberapa minggu, siap akhirnya bajet hotel kami yang ditunggu-tunggu untuk bersaing didalam dunia perhotelan yang masih sedikit kaum bumiputera ceburi. Sebagai insan yang ingin mencuba dan minat dengan mendalam mencari keselesaan di negara orang apa kata kami cuba buka sendiri dan mampukah kami menyediakan khidmat yang bagus. Kami akan cuba yang terbaik , tentunya ayat 'belum cuba belum tahu' sesuai digunakan dan kami pasti pelanggan akan berpuashati.

Khidmat bilik yang menumpukan keselesaan, kebersihan dan lokasi yang berada di tengah-tengah Bandar Seri Iskandar - Seri Iskandar Business Centre sesuai untuk keluarga yang menghantar anak-anak di sekolah asrama penuh di MRSM, Sekolah berasrama, UITM Seri Iskandar, IKBN, Kolej-Kolej dan juga pelajar-pelajar UTP. Apatah lagi boleh membeli-belah di kedai-kedai langsir, baju, karpet, perabut kayu jati dan banyak lagi boleh mengisi masa ibu-ibu, ya la Hari Raya tahun ni dah dekat dah...

Kami menawarkan harga yang berpatutan yang lengkap dengan keperluaan asas dan pelanggan boleh menggunakan khidmat Dobi - Layan diri yang berdekatan yang hanya dengan berjalan kaki, 7-Eleven juga, pilihan-pilihan restoran, Panggung Wayang  dan yang akan dibuka pusat bowling. Iya, segala-gala mudah untuk keperluan sendiri, keluarga dan kawan-kawan yang ingin berkunjung atau bekerja.