Monday 28 October 2013

Keperluan bilik bajet..

Setiap hari kami memikirkan sekiranya ada lagi keperluan bilik-bilik bajet ni.. Bersungguh-sungguh hendak menyiapkan kelengkapan...semuanya.
Hujung minggu baru-baru ini sepatutnya barang-barang tilam, katil dan sebagainya dihantar ke Seri Iskandar, entah macam mana barang-barang tidak cukup..Kedai tu lambat order tilam, kami pulak terpaksa 'shuffle' jadual kami. Jadual terus berubah sama sekali..apalagi terus je kami mencari selimut, cadar dll mengisi masa yang ada...ye la setiap hujung minggu aje yang dapat kami berbincang dan membuat keputusan. Baru nak promote kedai KKL ni tapi macam-macam la pulak..
Tetapi..ada hikmahnya ..semua ketentuan Allah..

IN YOUR LIFE
There is excitement in your life..
be a part of it
There is work in your life..
begin with it
There is sorrow in your life..
ease the pain away
There is joy in your life..
feel it, know it, share it
There are goals in your life..
strive for the highest
There is purpose in your life..
explore it   
                                       -Jonivan 

Monday 21 October 2013

Mencari barang-barang Vintage

Bukan senang mencari barang-barang yang terpakai yang sesuai, cantik dan murah. Dari Taman Melati hingga ke Semenyih dan balik ke PJ..akhirnya KKL - Kedai Kaki Lelong mempunyai stok yang banyak untuk dipilih. Yang lain tu bukan tidak ada barang yang menarik tapi tidak terbuka hati kami untuk membelinya. Selepas membelek-belek dan berkira-kira akhirnya kuantiti dan harga semua telah diputuskan.
Betulke Uncle Raja ni bagi best price pada kami agaknya, tilam baru Dreamland murah 30% dari harga luar...kerat jari katanya kalau boleh jumpa lebih murah. Dalam keadaan kurang percaya saya menjawap 'Uncle kami bukan gangster la...mahu kerat-kerat jari orang'. Lori untuk mengangkat barang barang ini ke Seri Iskandar perlu juga dicari..siapa lagi kalau tidak Uncle Raja. Berkira-kira masa rupa-rupanya Uncle cuti Deepavali 2hb November ni..jadinya kena hantar hujung minggu ni juga.
Semoga semua berjalan lancar dan kami dapat membuka Hotel Bajet La Cushy Inn on time.



 Kerusi Klasik - Kukuh lagi

Saturday 5 October 2013

Bestnye kalau pergi bercuti..

Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan dan kesibukan kerja membuat kami senyap seketika. Keletihan berpanjangan dan  pencarian untuk melengkapkan bilik-bilik hotel bajet kami..hmm dari art, katil d sbgnya. Idea dicari untuk mencari sesuatu yang kami fikir unik tapi mestilah berpadanan dengan ruang yang ada. Teringat percutian kami di Amsterdam..selain dari tempat yang amat menarik yang ada keunikan tersendiri, keselesaan tempat tidur dipilih dan lokasi yang bersesuaian dipilih.
Keukenhof vs Cameron Highland okey ke..