Thursday 26 September 2013

Baking..love it

Bake..wow. Pengalaman dari awal membuat kami begitu teruja...Sifu kami pula sedang sarat mengandung..jadinya kenalah cari dan beli bahan-bahan kek sendiri. Ooo baru tahu kek ini ada jenis-jenisnya..okey. Kami memilih 5 jenis kek yang kami suka makan dan bahan-bahannya kami beli di Chow Kit -Bake with Yen. Kedai ni sahaja yang kami tahu yang berdekatan dengan rumah dan harganya agak murah sedikit dari kedai-kedai yang lain.
Ehm..mahal juga harga barang-barang ni..krim cheese, whipping cream..dll. Patutla kek-kek kat kedai tu mahal yek. Belum lagi kederat yang dikeluarkan berdiri berjam-jam..fuhhh. Letih betul kami, esoknya kami berehat je kat rumah tapi mestilah ajak kawan-kawan datang untuk merasa kek yang dah siap. Komen kawan-kawan memberangsangkan..terimakasih. Kami akan sentiasa ingat..yang penting berani mencuba dan jangan lupa penambahbaikan mana yang perlu.



No comments:

Post a Comment